semua bermula pada hari Ahad (06-09-2015).. waktu petang pas mama Aliff mandikan Aliff.. tetiba Aliff nangis meraung-raung seolah histeria. then pengsan.. mata terbuka sikit je.. kebetulan papa Aliff keje shift malam. terus bawa Aliff ke hospital..then admitted. doktor sahkan Aliff ada pendarahan dalam kepala dan tumor dalam otak. Allahu Rabbi.. Insan sekecil Aliff menanggung barah otak..
Kak Nurul telefon aku pukul 5pagi.. tapi aku tak perasan.. then call die balik pagi tu baru tau crita.
Sedih...Terkejut..semua ada..macam tak percaya je adik Aliff yang sebelum ni tak de dengar sakit pape tetiba koma..dan lebih menyedihkan barah tu dah kritikal.. hati mana yang tak sayu..hati mana yang tak rabak..luluhnya hati bila tau anak yang disayangi..permata yang dinanti tetiba disahkan mempunyai sakit yang kronik..
Aliiff lahir secara czer pada 01-06-2015.. mama Aliff ad diebetic so date ni memang doktor yang bagi.. masa hari tu doktor ada bagi ubat untuk bersalin normal.. tapi jalan buka sampai 6cm je..then doktor decide untuk czer. (ni cerita yang aku tau).maka lahirlah khalifah kecil diberi nama Mohamad Aliff Iezairy Bin Rosli.. anak aku Muhammad Faiz Thaqif.. panggil aQIf..so diorang cousin yang lebih kurang je nama.. aQif dan Aliff.. plan next year raya Aliff nak sambut raya pose kt kg.. maka dah terbayang keriuhan askar-askar dirumah umi.. ada 3 orang askar.. ketua aQif bersama Afiq dan Aliff..semua hero.. betapa terujanya nak tunggu saat tu..
tiba-tiba dapat berita macam ni plak..terkejut sangat.. jujur sebenarnya mengharapkan doktor tersilap diagnos.. berdoa dan terus berdoa.. hari Khamis (10-09-2015) kak Nurul bagitau doktor sahkan pembedahan tak dapat dibuat.. sebab kanser terlalu agresif.. adik Aliff semakin lemah.. doktor minta saudara mara dan kawan-kawan yang nak tengok Aliff datang dalam masa terdekat ni..coz anytime Aliff akan pergi..
Sekali lagi luluhnya hati keibuanku..berderai air mata ni dapat berita tu.. sebab sendiri ada anak.. sendiri rasa kehilangan tu.. tak dapat nak bayangkan situasi kak nurul dan rosli yang menghadapi situasi ni.. rasa nak pengsan..mengharapkan ni cuma mimpi je..
esok plan nak tengok adik Aliff kat hkL..moga Allah bagi pluang tu..tak dapat bantu pape cuma moral support je kat kak nurul dan rosli..moga diorang tabah terima dugaan yang maha berat ni.. mereka pasangan yang dah tak de mak ayah.. jadi hanya adik beradik, sedara mara dan kawan-kawan jela tempat mengadu..yang boleh bagi sokongan..
dari semalam teringat kak nurul..beratnya dugaan die lalui.. tau bahawa anak yang disayangi akan pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya.. pergi tak kan kembali..pergi kepada Pencipta.. bermain di taman syurga..moga kak nurul diberi kekuatan terima ujian ni.. Allahu Rabbi.. permudahkan lah segalanya..
ni masa adik Aliff sihat.. seorang bayi yang aktif..pandai main..jerit..senyum..
ni gambar adik Aliff dah koma.. kepala dah ditebuk untuk keluarkan air..
hati ibu mana tak sayu tengok anak sekecil ni berkeadaan macam ni..comel muke..tembam.. tapi....
namun tu semua hanya jangkaan doktor.. apapun Allah Maha Berkuasa.. Moga ada keajaiban untuk adik Aliff.. amin...
No comments:
Post a Comment