Thursday 10 September 2015

Adik Aliff koma

dah lama tak update pape kt blog ni.. banyak nak cerita tapi akhirnya terkubur macam tu je.. but kali ni nak simpan.. untuk tatapan akan datang.. coz kali ni berbeza cerita.. cerita tentang adik aliff iezairy.. anak sedaraku..anak kepada Nurul Farhana Yunos dan Rosli Hasan..

semua bermula pada hari Ahad (06-09-2015).. waktu petang pas mama Aliff mandikan Aliff.. tetiba Aliff nangis meraung-raung seolah histeria. then pengsan.. mata terbuka sikit je.. kebetulan papa Aliff keje shift malam. terus bawa Aliff ke hospital..then admitted. doktor sahkan Aliff ada pendarahan dalam kepala dan tumor dalam otak. Allahu Rabbi.. Insan sekecil Aliff menanggung barah otak..
Kak Nurul telefon aku pukul 5pagi.. tapi aku tak perasan.. then call die balik pagi tu baru tau crita.

Sedih...Terkejut..semua ada..macam tak percaya je adik Aliff yang sebelum ni tak de dengar sakit pape tetiba koma..dan lebih menyedihkan barah tu dah kritikal.. hati mana yang tak sayu..hati mana yang tak rabak..luluhnya hati bila tau anak yang disayangi..permata yang dinanti tetiba disahkan mempunyai sakit yang kronik..

Aliiff lahir secara czer pada 01-06-2015.. mama Aliff ad diebetic so date ni memang doktor yang bagi.. masa hari tu doktor ada bagi ubat untuk bersalin normal.. tapi jalan buka sampai 6cm je..then doktor decide untuk czer. (ni cerita yang aku tau).maka lahirlah khalifah kecil diberi nama Mohamad Aliff Iezairy Bin Rosli.. anak aku Muhammad Faiz Thaqif.. panggil aQIf..so diorang cousin yang lebih kurang je nama.. aQif dan Aliff.. plan next year raya Aliff nak sambut raya pose kt kg.. maka dah terbayang keriuhan askar-askar dirumah umi.. ada 3 orang askar.. ketua aQif bersama Afiq dan Aliff..semua hero.. betapa terujanya nak tunggu saat tu..

tiba-tiba dapat berita macam ni plak..terkejut sangat.. jujur sebenarnya mengharapkan doktor tersilap diagnos.. berdoa dan terus berdoa.. hari Khamis (10-09-2015) kak Nurul bagitau doktor sahkan pembedahan tak dapat dibuat.. sebab kanser terlalu agresif.. adik Aliff semakin lemah.. doktor minta saudara mara dan kawan-kawan yang nak tengok Aliff datang dalam masa terdekat ni..coz anytime Aliff akan pergi..

Sekali lagi luluhnya hati keibuanku..berderai air mata ni dapat berita tu.. sebab sendiri ada anak.. sendiri rasa kehilangan tu.. tak dapat nak bayangkan situasi kak nurul dan rosli yang menghadapi situasi ni.. rasa nak pengsan..mengharapkan ni cuma mimpi je..

esok plan nak tengok adik Aliff kat hkL..moga Allah bagi pluang tu..tak dapat bantu pape cuma moral support je kat kak nurul dan rosli..moga diorang tabah terima dugaan yang maha berat ni.. mereka pasangan yang dah tak de mak ayah.. jadi hanya adik beradik, sedara mara dan kawan-kawan jela tempat mengadu..yang boleh bagi sokongan..

dari semalam teringat kak nurul..beratnya dugaan die lalui.. tau bahawa anak yang disayangi akan pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya.. pergi tak kan kembali..pergi kepada Pencipta.. bermain di taman syurga..moga kak nurul diberi kekuatan terima ujian ni.. Allahu Rabbi.. permudahkan lah segalanya..


ni masa adik Aliff sihat.. seorang bayi yang aktif..pandai main..jerit..senyum.. 


ni gambar adik Aliff dah koma.. kepala dah ditebuk untuk keluarkan air.. 

hati ibu mana tak sayu tengok anak sekecil ni berkeadaan macam ni..comel muke..tembam.. tapi....
namun tu semua hanya jangkaan doktor.. apapun Allah Maha Berkuasa.. Moga ada keajaiban untuk adik Aliff.. amin...


Wednesday 2 April 2014

susu kurang lagi..

assalam..

Lama sgt dh tak update blog ni...dh nk kne makan anai-anai pun..hahaha...
fuh...fuh...bnyak tol sawang2...habuk...haha..

Mama busy sesangat..kat rumah nak on lappy tak sempat..kat opis tak sempat nak buka blog..jadi le aqif dah stahun ni baru berpeluang update..hehe..

dah nampak kan tajuk kat atas tu..ha..even aqif dah setahun ni..dia masih lagi bf tau..alhamdulillah..even mama bukan housewife tp Allah bagi gak rezeki nk susukan aqif tu.. cuma nye sekarang ni.....susu mama kurang.. mama tau banyk faktor yang menyebabkan susu kurang ni..meh mama bagitau antara faktor biasa penyebab susu kurang;


  • kurang air dalam badan ibu.(jadi setiap hari mama akan minum sekurang-kurangnya 2 liter air)
  • tension..stress..(ni susah nak elak..huhu)
  • kurang mengepam @ bagi direct kat baby..(ni sangat tepat..sebab aqif dh setahun ni mama malas nak bawa bp mama tu..)
Jadinya..bila kita dah tau faktor tu senangla nak cari overcome kan..bab kurang air tu mama dh overcme la..tp another 2 factors tu..adoi...lagi satu sekarang ni mama cepat penat..sekarang mama dah tak amik apa-apa suplement..coz mama nampak amik apa-apa suplemen pun kene minum banyak air..haha..jd mama minum byak air je..

sekarang bila susu dah kurang..mama susah hati semula..coz aqif bukan tak nak susu tepung..dia on je..nganga je..bagi la pepun..tp perut dia plak tak serasi..sembelit..so mama cian..mama bagi air masak ngan susu perah je kat taska..cian kan..susu perah pun cuma sebotol dua..tak boleh jadi ni..mama kene bekerja keras lagi untuk aqif..

terbaru mama order Qaseh Gold Adinda..kawan mama ada gune..dia kata ok..so nak try la..hopefully serasi ngan mama..bukan pe..mungkin mama penat tu yang productoin susu kurang..lagipun konsep demand and supply tu mama dah tak amalkan sangat..bila penat nk bangun malam buat power pumping pun susah..
jadi mama sangat berharap disamping berdoa susu mama akan kembaili meriah..cian anak mama..

lagi satu mama nak citer..pe yang mama perasan sejak aqif kurang susu mama..dia kerap merengek waktu tido..time nak tido..cian dia..naluri ibu kan,,nak yang terbaik untuk anak..ayah die nak yang terbaik gak tapi cepat je dia suggest susu formula..huahu..abis dia tengok susu kita kurangkan..dia pun nak anak kenyang..haha..cuma mama risau aqif sembelit..biarla mama susah payah..bekerja keras merestok susu aqif..yang penting buah hati mama dapat yang terbaik..mmmuah!!!sayang aqif..


Wednesday 3 July 2013

Kelebihan & Khasiat Alfalfa

Hari ni mama nak syer ape die kelebihan & khasiat alfalfa... sebelum tu pe die alfalfa tu?? ha.... alfalfa tu sebenarnya sejenis tumbuhan yg mana ia merupakan raja kepada segala tumbuhan. Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Jom lihat antara kelebihan dan khasiat Alfalfa untuk lelaki dan wanita

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  5. Merawat arthitis
  6. Bagus untuk elergi dan ekzema
  7. Merawat athma
  8. Mencuci usus bagi membuang toksik
  9. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  10. Meneutralkan asid dalam badan
  11. Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
  12. Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
  13. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
  14. Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
  15. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  16. Meningkatkan stamina seorang suami
  17. Melegakan sembelit
  18. Membuang angin dalam badan
  19. Milk booster
Haaa tu dia... antara 1001 fungsi Alfalfa...no wonder la lepas mama consume alfalfa ni keputihan mama dah ok..pakai pantyliner pun bersih je pantyliner tu...ikutkan lepas bersalin hari tu keputihan mama agak teruk la gak..risau mama..tapi syukur Alhamdulillah sekarang dah ok...hehehe...dan berikut mari kita tengok Shaklee Alfalfa Complex


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Apa keistimewaan alfalfa jenama Shaklee berbanding yg lain?Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral dan vitamin (It is organically grown, using the tender green leaves not the stems of the plant.The raw powder is pressed into easy-to-swallow tablets (with very low heat to preserve natural enzyme activity).. Dan yg bestnya Shaklee Alfalfa Complex tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna, bahan pengawet tambahan, fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia. Berminat? Contact me okay..

Tuesday 25 June 2013

New BreastPump

Alhamdulillah...akhirnya tiba jua BP ku yang kedua..Autumnz Ultimate pilihan mama untuk kali ni... Dulu nak beli yang double electric takut susu tak banyak..jadi beli single manual je..baru nak kenal-kenal BP kan..hihi..

Setelah 3 bulan bf baby..dan mama dah masuk keje lek..mama decide untuk melabur BP double electric..bukan pe..nk mudah kan..plus cepat sikit..lau single kene wat satu-satu...so take time..kene plak ngan keje mama yang tak menentu busy nye...jadi berharap akan membantu mama la kan dengan kehadiran new BP..

                                                       Breastpump mama dah sampai...

Alhamdulillah..masa mula-mula guna rasa susah gak...tp 2-3 kali guna ok dah..plug in je..hihihi...kt opis mama guna BP ni sebab keje banyak,le time nak pumping tangan dah penat.jadi memang sangat membantu BP ni..susu yang diperah pun sama je lau guna manual..so terbaik la...huhu


Friday 21 June 2013

SuSu KuRanG

Alhamdulillah kesihatan semakin pulih...setelah demam dan sakit tekak yang amat perit..diduga pula susu merundum akibat mama tak boleh makan dan minum semasa tak sihat tu...hanya Allah yang tahu keadaan mama masa tu..baby pula fully bf..stok mama simpan masa tu plak tak bape banyak coz mama cuma ada freezer satu pintu..tak leh simpan susu banyak sangat..ada satu saat kritikal tu mama tak boleh sediakan susu simpan untuk baby kat taska..mama minum banyak..mama paksa untuk abiskan 2 liter sehari...tapi susu nak dapatkan 1oz pun susah...Ya Allah...mama rasa sedih..down sangat..mama cakap ngan husband kene beli susu formula..sebab mama tak boleh produce susu..baby plak demand tinggi.. keputusannya mama terpaksa bagi baby susu formula sebab mama tak leh produce susu..sedih sangat..

malam tu test susu formula kat baby..mama bagi ngan air mata yang berlinang..sedih sangat..mama cakap kat baby mama terpaksa bagi susu formula sebab susu mama kurang..bile susu mama dah banyak, baby minum susu mama balik ye..mama bekalkan banyak-banyak susu kat taska..baby minum puas-puas..tapi sekarang mama tak sihat...baby minum susu ni dulu ye..mama buat 3oz..sebab tu sukatan lau mama bagi susu perah untuk setiap btol..baby minum...laju...mungkin sebab haus sangat...cian baby..tapi tak abis pun susu tu..die stop..die tido..penat agaknya..

Mama nak tido baby bangun..nangis...die muntahkan susu die minum tadi..tapi tak banyak sangat..mama dah risau..takut baby tak serasi..mama susukan baby...susu mama ada tapi tak semeriah  masa mama sihat..baby tido kat pangku mama...sekali lagi air mata mama tumpah..cian baby terpaksa terima tempias mama tak sihat..tapi mama bersyukur sebab baby tak ikut demam sekali..

Esok pegi taska mama bekalkan susu formula..pesan kat cikgu sukatan untuk baby..bile mama amik baby masa balik keje cikgu cakap baby muntahkan balik susu formula die minum..cikgu try bagi susu kawan baby..Isomil..susu formula mama tu Lactogen je..ne tau baby nak Isomil..tapi result sama...tak nak gak...asyik merengek je...lapar..cian baby mama..kebetulan susu perah kawan baby ada lebih..cikgu bagi kat  baby...baby minum..sampai abis..baby nak susu badan je..tak nak susu formula..tu kesimpulannya..

                                                    Mama cuba Lactogen 1 untuk baby...

Dalam masa yang sama mama cuba untuk pulihkan diri mama...nak susu banyak balik..mama amik suplemen..mama jaga makan...mama minum air banyak-banyak..Alhamdulillah...susu mama leh perah semula..semakin hari semakin bertambah...dari nak dapatkan 1oz pun susah, setelah seminggu mama leh perah paling banyak 7oz sekali perah..paling sikit pun 3oz..ok la..untuk baby sekali minum...mama jaga masa perah..mama fobia..takut susu kurang..cian baby..

Ni dah dekat bulan pose..dalam masa yang sama baby semakin kuat susu..stok kne sentiasa ada dan banyak..mama dalam persediaan untuk berpuasa dan menyusukan baby..Salah satu preparation mama ialah upgrade breastpump mama..hihi...mama dah order breastpump baru..tunggu mama syer ye...

Saturday 8 June 2013

haRi yG MenCabaR

alhamdulillah...tiba petang boleh ambil nafas panjang sikit...huhu...hari ni tersangatla bz..tinggal kt opis sorang2...mama siapkan dokumen, mama print, mama photostat, mama agkat call, mama layan clien... giler kuasa kan...haha...nk wat cmne tiba-tiba opismate E.L plak..dan yg lain-lain ada tugas di luar kawasan..terer x mama jaga opis sorg2?huhu..

bercakap pasal bz mama hari ni, dek ke'bz'n yg melampau (konon'e..hehehe) mama lambat pam susu utk buah ati mama, aQif..kul 3pm baru ada ruang utk tunaikan kewajipan dan hak anak mama 2...



ha...dapat 6oz je coz sorang2 kat opis..telefon berdering2 mintak diangkat..x leh fokus dan agak tension masa perah..INGAT!!!selain amk milk booster,minum air banyak dan konsisten pam, perasaan tenang juga perlu untuk merangsang penghasilan susu yang melimpah ruah.. pe pun, mama tetap bersyukur dapat perah untuk buah hati mama tu..Alhamdulillah...

dek ke'bz'an juga, mama terlambat makan tengahari..hubby mama dah sediakan nasi impit, kari ayam dan sayur kacang goreng untuk santapan mama tengahari tadi..hubby mama sediakan???ups!!!YE...hubby mama sediakan makanan sejak mama dah nek keje...kami bahagikan tugas..mama urus aQif, hubby plak urus umah..adilkan??lagipun opis hubby dkt je ngn umah..senang la kan...x la die keletihan sgt...mama tak buli hubby mama tau..if die x sempat, mama akn tlg..kami buat sama-sama..lebih manis kan macam tu..

Monday 3 June 2013

Terpanggil untuk buat blog sebab rasa nak berkongsi pengalaman menjadi mama muda bekerjaya..
mama tau bukan mama sorang je yang menjadi "mama muda" malah ramai lagi kt luar sana tu.. tapi yang mama tetap nk kongsi sebab mama ialah "MAMA MUDA BEKERJAYA YG BERAZAM FULLY BF UNTUK ANAKNYA"...huhu...besar kan impian mama tu..hihi...mama sedar bukan senang nk capai matlamat ni..tapi insyaAllah dengan azam+usaha+doa dan tawakal mama percaya mama boleh...sebab mama tau ramai mama-mama kt luar tu kerja gak dan fully bf bby diorg..

Apatah lagi matlamat mama ni sejajar dengan firman Allah;



ha....jadi makin mama bersemangat nk susukan baby mama yg 1st ni fully bf..dh 2 bulan berjaya..ada lagi 22 bulan kene harungi..insyaAllah..moga niat murni lagi suci ini dipermudahkan...amin..